Cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah, Aku bersujud dan berdoa pada Allah, dan Akhirnya kutemukan Anugerah terindah itu iaitu Kamu.

Friday, September 5, 2014

bila makin meningkat usia...



pepiiwittt!
Lama tak cerita pasal anak-anak kan.. hehe
Si abang Adam Muqri dah 3 tahun 4 bulan.. makin pandai cakap tapi bahasa dia lah.. dah pandai memahami arahan.. kadang tu siap mainkan kita lagi.. nangis! haha


Situasi 1 : bila disuruh ambil remote tv / astro

Ibu / Ayah : "Adam Muqri, tolong ambil remote astro jap"
Muqri : " yang ni?" (pegang remote astro)
Ibu / Ayah :  "ye, yang tu"
Muqri : "yang ni?" (pegang remote kipas)
Ibu / Ayah : "Bukannn.. yang tu, remote astro"
Muqri : "yang ni?" (pegang mouse pulakkk)
Ibu / Ayah : "Bukann lah.. yang tuuu"

sambil tersengih-sengih, dia puas hati kot boleh mainkan perasaan kita.. nak bergurau gamaknya.. hahah.. 
atlast dia bagi jugaklah apa yang kita mintak tu.. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Situasi 2 : Makan malam berdua.. aku ngan Adam.. ayah melayan Dzikra.. ada 2 pinggan nasi lah.. 1 adam, 1 aku.. tapi sambil adam makan sendiri, aku suap jugak dia.. pastu boleh pulak si adam ni main-main dengan ikan dalam pinggan dia tu.. siap ada bunyi macam lawan-lawan.. ntah laa apa yang dia berimaginasi masa tu.. hahah..alahaiii.. geram pulak aku.. dengan nasi penuh kat tangan.. berterabur.. saboorr jelah..

Ibu : "Adam Muqri, ni nak makan ke nak main??"
Muqri : "mainnn"
Ibu : erkkk.. dalam hati aku nak tergelak pon ada.. terus teringat video adik syafikah yang diviralkan tu.. alaaa yang cikgu dia tanya buku ke belacan tu.. huhu

pastu dia main lagi.. aku ni nak suap laa bagi habis nasi cepat-cepat.. kang mek dzikra tu teryak pulak kann.. 

Ibu : "Adam, cepat la.. nak makan ke nak main ni?? "
Muqri : "makannn.. eh, main"
Ibu : "ha ok, kalau nak main, g main kat luar sorang-sorang.."
Muqri : (terus turun dari kerusi, jalan konon-konon nak keluar)
Ibu : "ehhh adam, meh duduk sini balik. makan nasi cepat"
Muqri : (duduk balik sambil buat muka macam "apa laa ibu ni")

hahahhaha... aku tak tau nak kategorikan apa.. anak aku ni betul sangat ke jujur ke dengar cakap ke..
 (T T) huuuu.. yang pasti dia paham arahan aku.. haha.. 



jiwa!



nanti up cerita si adik pulak okek.. debok tu pon da banyak perangai.. hihii
assalamualaikum, peace!


No comments:

Post a Comment