Cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah, Aku bersujud dan berdoa pada Allah, dan Akhirnya kutemukan Anugerah terindah itu iaitu Kamu.

Friday, September 26, 2014

Nur Dizkra a.k.a Siti Meriam



Assalamualaikum!
Sejak pakai hp baru ni.. ehem ehemmm.. psstt! nak habaq hat tu laa sebenaqnya..hahah..
yess.. hp baru.. alaa bukan aipong 6 pon.. kita hat ceroi ceroi jaa.. huhukk.. 
so apalagi, asek asek klik sana.. klik sinun laa. 

hari ni nak cerita pasal my powerpuff girl sorang tu la! Seluruh familia panggil Dzikra, tapi maktok aku iaitu moyang Dzikra ni memang suka menamakan sendiri cucu cicit nya.. tapi tak semua.. yang terpilih sajiaa ok.. hahah.. Contohnya sepupu aku si Khairul matok aku panggil Abdul Malik.. Tapi kes Dzikra ni sebab dia macam payah nak sebut kot.. asai dia nak panggil siti rahmah.. kami tak mau.. jadi kami tolong suggest kat dia ritu.. banyak laa nama yang keluar.. hawa laa..aisyah laa.. apa lagi tataw.. tapi aku suruh dia panggil mariam.. hee.. sebab aku suka nama tu!! matok sebut MERIAM.. biasa laa orang tua-tua.. angin ja yang keluaq.. pagaq semua dah runtuh.. tu pasai eja lain bunyi keluaq lain.. hahah




bonding time.. abang adam layan dzikra dengan blocks dia.. so far, adam muqri menunjukkan kasih sayang kat adik dia ni.. peluk laa.. nak suruh adik duduk atas riba dia laa.. cium pipi.. cium perut pastu tiup kuat-kuat buat bagi bunyi.. sampai basah perut dzikra dengan ailio dia.. (- -") heee.. kadang tu ambik tangan si adik sumbat dalam mulut dia.. aiyooo..



minitis tis tiss ayaq lioq tengok kami semua makan.. hahah.. 7mo dah pon.. sekarang ni makan nasi penyet + puree carrot.. puree apple juga.. puree cauliflower juga.. next plan bayam atau labu atau kentang.. hehe.. alhamdulillah.. makan banyak.. plup! plup! telan.. lambat sikit, berbunyilah.. hee.. kena gigih untuk prepare puree lain pulak.. yeay! excited lebih.. haa, pastu ritu kami try letak dzikra dalam walker, ehhh! dzikra dah pandai laa.. boleh control badan, pinggang gituuu... tak laa dia boring asek terbaring je haa.. 






sebab kami train dzikra ni tidur tanpa buai, jadi agak mencabar lah bila time nak menidurkan tu.. di awal -awal dulu takde probs sangat.. lepas susu, bedungkan tangan dengan napkin pastu baru letak atas bouncer.. enjut-enjut sikit.. haa.. lama jugak la tidur.. 1-2jam je pon.. heheh.. pastu 4-5mo tu dia dah cerdik sikit (orang-orang tua kata laa) tidur pon tak berapa nak jerap sangat.. aku tukar style tidur.. biar meniarap pulak.. sekarang ni kalau mengantuk sangat letak telentang pon ok, pastu kadang mengiring sendiri.. ikut sedap dia laa.. heheh.. tapi tidur meniarap tu tak bagus sebenarnya kan.. huhuu



pasal tak larat nak dukung, aku try kendong guna baby sling. zaman Adam dulu beli, pernah la guna 4-5 kali tapi tak berapa nak reti.. hahah.. pernah sekali tu, hubby kendong Adam, kami jimba kat Kompleks Bukit Jambul, pastu selisih dengan makcik hindon, dia tegur "dik, nak jatuh tu" hahah.. pasal tak kemas la kan.. huhuu.. baby sling ni masih elok, hari tu SIL balik kampung, aku tengok dia kendong umair.. nampak kemas je, so diajarinya aku cara nak guna.. ha! ni kira dah terror la ni..boleh laa basuh pinggan sambil kendong.. Dzikra seronok laa.. melekat dengan ibu dia.. (T T) haritu g mydin bertam pon try baby sling ni.. selesa.. tak lenguh.. Dzikra pon seronok.. tak bunyi pon.. sibuk melilau mata tengok macam-macam.. hee.. siap ada sorang menega brooch tegur tanya tak lenguh ke.. dia pon nak try beli lepas ni.. silakann ^__^



meniarap dah terror.. berguling-guling macam dalam filem bollywood.. tapi dok gear 'R'.. makin lama ke belakang.. bukan ke depan.. hee



pastu bila cemuih, mula arr muka ghemoottt.. sikit lagi waaaa!

ha! tengok ibu pasepa?? mintak simpati letteww.. hahah..












nangis pun kuat! macam kena pukul.. ni pasai tengok ibu dia laa.. nak mintak dukung tapi aku sibuk snap gambar.. hahah.. teruk betul ibu!


hmnn.. bulan depan mek dzikra nak p neseri dah.. 
babai matok.. babai wan.. babai nenek.. hukhukk





No comments:

Post a Comment