Cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah, Aku bersujud dan berdoa pada Allah, dan Akhirnya kutemukan Anugerah terindah itu iaitu Kamu.

Friday, November 22, 2013

#Week28 : asyik lapar je..asyik lapar je...



Assalamualaikum.. salam jumaat!

alhamdulillah.. kami sudah memasuki trimester ke-3.. yeapahhh! 
minggu depan kita dating ngan doktor yeh..
baby tecikk besar sihat-sihat ok! 

oh yea.. dah 2 hari ni, ibu asyik lapar je... pagi tadi dah makan nasi 2 pinggan sebelum ke ofis.. pukul 12 lapar balik.. makan nasi ayam pulak, kebetulan ada officemate buat kenduri.. hee.. tapi tak cukup!! masih lagi lapar.. huwaaa.. baby tecikk dok berguling-guling.. terpaksa laa ibu buat air, kita cicah biskut cap ping pong yeh baby tecikk.. feveret sangat ni.. (^____^)
makan jangan nak melampau sangat yea mimi! huhuu..
 
jangkaan size baby pada week 28 ialah 14.8 inci (37.6cm)..dan berat lebih kurang 997.9g..  pergerakan pon makin bertambah hebat!.. hihih.. lagi satu, kalau baby boy, bebola akan mula kelihatan.. yeaaaahh! hopefully, dating dengan doktor nanti, baby tecikk jangan terkepit-kepit ok.. heheh.. 

haa, macam preggy kat adam muqri dulu, masa 5 bulan, 
doktor cakap baby girl.. 
tapi naluri keibuan cakap baby boy.. so, scan 7 bulan baru doktor cakap boy!.. 
haa, see.. #KelipMataLaju-Laju.. naluri ibu selalunya betul.. 
naluri isteri juga! ehh, tetiba.. 
awas ye suami.. 
hahaha..
 



Wednesday, November 20, 2013

Wordless Wednesday - Renungan Bersama...




 
Surah Luqman, ayat 24 :

Maksudnya : Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat.




Peringatan buat diri sendiri dan sahabat...(^__^)
Renung-renungkan 

&

Let's Amal




Tuesday, November 19, 2013

Cacing oh cacing...




Assalamualaikum (' ',) 
haluuuuu.... hehe

tetiba kann.. tajuk dah macam geli jeee..macam gelii jeee... 
ni haa.. aku terbaca kat blog Dr Zubaidi pasal topik cakcing dan anak..
pastu terus ai is rasa cantik menarik tertarik kau (cakcing) memang debommm!
so, kita nak sembang sikit kisah cakcing dan anak kat blog segan hidup mati tak mahu ni.. (-__-'')



okeh, sedikit info yang berguna :

Jenis cacing dan Simptom

 

Jenis cacing
Tanda-tanda penyakit
Cacing kerawit
(ancylosotomadoedenali necator americanus)
Anemia (pucat yang disebabkan oleh kehilangan darah), tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing.
Cacing gelang 
(ascaris lumbricoides, ascaris suum)
Tiada masalah padda jangkitan rendah, sakit perut, cirit-birit, saluran pemakanan tersumbat, tindak balas alergi.
Cacing rambu 
Enterobius vermicularis
Tidak hadam makanan, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur, aktiviti garu boleh menyebabkan jangkitan. 


Punca 

  • makan makanan dari kedai yang tidak dimasak dengan sempurna
  • makan melalui tangan yang tidak dicuci dengan sempurna
  • berjalan tanpa memakai kasut

Rawatan kecacingan 

Untuk mengatasi masalah kecacingan, dua langkah rawatan yang ditekankan ialah pengambilan ubat untuk membunuh atau mengeluarkan cacing dari dalam badan dan meningkatkan tahap kebersihan diri untuk mengelakkan jangkitan semula cacing. Di antara langkah-langkah meningkatkan tahap kebersihan diri yang boleh diamalkan ialah:

  • Memakai kasut apabila berjalan keluar dari rumah. Jangan sesekali berkaki ayam kerana larva cacing boleh mengorek tapak kaki untuk masuk ke dalam badan.
  • Perlu diingatkan bahawa telur cacing yang melekat pada pakaian dalam berupaya menjangkiti orang lain.
  • Mandi dan cuci bahagian dubur untuk mengelakkan telur yang dilekatkan pada bahagian tersebut.
  • Jangan garu pada bahagian dubur. Ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan pada kawasan tersebut.
  • Selepas kanak-kanak yang dijangkiti membuang air besar, cuci tangan dengan teliti. Cuci bahagian celah kuku untuk mengeluarkan telur cacing. Kerat kuku kanak-kanak sehingga pendek untuk mencegah telur cacing terlekat di celah kuku. 
  • Cuci tangan dengan teliti sebelum makan atau selepas membuang air besar.



 Kaedah Perubatan 

Tempoh yang terbaik untuk memberi ubat cacing (deworming) ini ialah dalam jarak 6 bulan hingga setahun sekali.

Dari segi tindakan ubat, ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis. Dos yang disyorkan kepada kanak-kanak adalah bergantung kepada usia kanak-kanak. 

1 - 2 tahun : 5 ml dos tunggal
2 tahun ke atas : 10 ml dos tunggal sahaja. 

Kebiasaannya jika seorang ahli keluarga dijangkiti cacing, maka rawatan perlu diberi kepada setiap ahli keluarga untuk mencegah setiap jangkitan cacing. Nasihat serta perhatian doktor perlu diperoleh sebelum memulakan rawatan dengan ubat.



sumber :

http://drzubaidi.com/blog/?p=1827
http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=503


######################################


kalau ikutkan jadual tumbesaran anak seawal usia lagi kan ke kena dah cucuk bagai.. sampai laa anak umur 1 tahun 6 bulan tak silap.. itu ialah last injection.. lepas tu umur 2 tahun kena bawak semula ke klinik untuk diminumkan ubat cakcing.. 

tatapiii!

masa adam muqri nak cucuk 1 tahun 6 bulan tu, dia demam pulak..
nurse tak bagi cucuk lagi.. bila dah sihat baru pergi serah diri balik.. 
so, bila dah kena postponed tu, memang lagi lama arr aku buat tak tau.. 
time tu pulak kami sibuk nak pindah bagai.. terabai laa bab anak ni kejap.. nanti dulu lah.. next week lah.. haa, alih-alih sampai 2 tahun baru g ambil last injection tu.. hhihih.. memang dasar lemmmss ar aku ni.. pastu ingatkan boleh terus minum ubat cakcing.. nurse tak bagi pulak.. ntah hape alasan ntah.. tangguh lagi.. sampai laa sekarang ni.. bukan susah pon, klinik desa dekat je dengan rumah sekarang ni.. bukak hari ahad pulak tu.. senang sangat.. tapi tak p jugak.. huihuiii.. nasib laa adam dapat ibu gini..

ada jugak officemate bagitau.. beli je haa sendiri ubat cakcing kat farmasi.. hmnn.. macam setuju je kekdah tu.. heheh.. aku kena cepat bertindak! ntah berapa banyak dah anak pinak cucu cicit yang bersarang dalam perut adam muqri tu.. matikk laa..
 tapi so far, aku macam tak nampak tanda-tanda kecacingan yang dialami.. #SedapkanHatiSebenarnya.. hahah.. ehh, ko memang terer kan bab nujum-nujum ni mimi! boleh tau ada ke tidak.. macam laa perut si adam tu transparent.. hihii.. 


harap adam muqri sanggup telan ubat tu.. mesti tak sedap kan!
 nanti kita tengok ehh.. keluar tak cakcing-cakcing..
ehh, keluar hidup-hidup ke dah mati rasanya??
aku bayangkan depa semua keluar sambil menari-nari, 
melentok liukkk..  phewiitttt..
aiiyerrr! kembang tekak aku.. bluweekk! 

dah, babaii...




Monday, November 18, 2013

Perkembangan Adam Muqri, 2 tahun 6 bulan maaa..


Assalamualaikum pembuka bicara! harap semua dalam keadaan sihat hendaknya.. cewahh.. surat tak rasmi kemenda ni oihh.. haha

okek!
hari tu aku dah cerita bagaimana pengembangan aku dan perkembangan baby tecikk ni kan.. hari ni, cerita pasal si abang adam muqri pulak.. ada orang nak tau ke?? hihihi.. 
anak teruna aku tu dah nak cecah 2 tahun 6 bulan dah pon.. 
selalu orang akan tanya dulu "anak dah boleh cakap ke?"

heheh.. so far, adam masih lagi tak boleh membina ayat, cuma dia boleh sebut certain words.. kadang ada yang betul, kadang ada yang pelat.. kadang mood tak nak bagitau apa yang dia nak, main tunjuk-tunjuk je.. ehh..ehh.. kecik-kecik dah pandai menunjuk ye! hahah.. bila datang mood dia tak nak cakap.. ha, meh.. tengok pulak mood aku kann.. kadang aku tau dia tunjuk apa.. aku saja buat tak paham.. "adam nak apa? cakap laa.. cuba sebut nak apa.." diammmm je haa.. hadehh.. letih ibu ko ni.. bila aku sebut, baru dia angguk.. hah! bukan tak paham kannn.. tapi sajaaa dia nak menguji kesabaran aku yang berbatas ni.. heheheh.. 

- ayam / chicken
- ikan / tishhh
- cicak 
- ibu (kadang-kadang je ibu, banyaknya sekarang ni bunyi macam "nyam".. ntah mana dapat.. haha.. sayang kot)
- ayah (banyak panggil B.. pengaruh dari ibu..heee)
- nenek (maktok aku)
- wan (tokwan)
- susu / tusss (kalau eja su-su, dia still akan sebut tusss)
- come..come (kalau nak ajak g mana-mana sambil tarik tangan) 
- aanakkkk (taknak)

ada lagi words lain.. tu antaranya sajiaaa.. tak koser aku nak list 1-1.. korang pon malas nak amek pusing pon kan.. hahah (-_-")

kadang angin baik dia datang.. mau meleleh tahit telinga aku dengar dia menyanyi.. Ya Allah.. bahasa jerman, rusia, jepun, korea, cino.. semua terkeluar.. hahaha.. selalu jugak aku tegur.. "aii adam muqri.. apa yang seronok sangat ni... senang hati nampak" ntah apa laaa yang dia syoq sangat.. hmnn.. ahli syurga tu, takde masalah nak difikirkan.. (^___^) heee..



ada laa 1-2 hari lepas.. aku dah perasan dah adam asyik dok sebut macam "aku..aku" pastu "bla..blaaa..blaaa" ishh.. pastu maktok pulak cakap "ntah adam dengar abang kat sekolah apa dok cakap aku..aku ni".. tak pelah.. aku tak ambik pusing sangat lagi.. alih-alih petang semalam.. baru aku dengar dengan sahih nya di sebalik "akuu..akuu" tu haa..

rupanya, adam menyanyi lagu Negaraku oihhhh.. ayat yang betul aku dengar ialah "tanah tumpahnya darahku" hahahahahahahah.. ada laa pelat sikit di situ.. ooooooo... itu rupanya.. tengah menghapal lagu negaraku laa tu kot gamaknya.. ntah ke cikgu nak suh nyanyi sorang-sorang ke hape.. hari ni kan isnin.. aku syak ni mesti kat sekolah ada perhimpunan la ni.. pasni aku nak p selidik tanya si fatin tu.. hehehe

pastu en.B pon cakap adam nyanyi lagu negaraku sebenarnya.. dia dengar masa dok siapkan si adam mandi kot.. masa tu aku dok tidur-tidur ayam, tak larat pulak.. tetiba nak termuntah bagai.. terbaring je.. so, aku tak bape nak layan sangat laa.. huhuu..

adam muqri ni pencinta ultraman sebenarnya.. huhuh.. pengaruh tv la ni.. hadehh.. ok takpe.. kita layan dulu apa yang dia suka.. so ada laa beberapa koleksi ultraman dia.. kami pernah beli 1 je.. tu pon yang kecik.. tokwan dengan maktok laa yang paling rajin membeli.. hahah.. yang ada bateri siap keluar bunyik pon ada.. tapi memang seperti aku jangka.. tak sampai sejam, ko boleh tengok tangan ke mana.. kepala kemana.. barai habeh, hahaha.. haih, tak tau laaa adam ni sorang.. tapi aku tak pernah buang pon, cacat macam mana pon ultraman dia tu.. aku simpan je sebab dia memang sayang dan akan main jugak.. heheh.. selamattt poket ibu... ngehngehhh..



fatin ada bagitau.. ada sorang abang kat tadika tu suka ultraman jugak.. siap bawak buku bagai g sekolah.. adam ni menumpang belek laa jugak.. pastu bulan sudah kot, kami ke tesco.. risau  sebenarnya kalau bawak dia ke shopping mall.. lama mana sangat dia nak duduk dalam
troli tu haa.. jenuh bersilat oiii, nak turun.. kalau turun tak larat nak kejar.. haishh! dalam celah kerisauan tu.. tiba-tiba aku terpandang buku ultraman!! haaa.. saja tunjuk kat adam.. apalagi.. seronok sangat laa dia.. duduk dalam troli sampai ke sudah.. dia punya belek peratiii laaa 1-1 ultraman tu.. ish, apa yang best sangat pon aku tak tau laa.. hahaha.. aku beli je terus buku tu.. rm5 je pon.. ok laa..

kisahnya, minggu lepas.. aku tengok tv sambil kerling-kerling laa si adam ni dok main itu main ini.. buat hal dia.. pastu dia ambik buku ultraman tu.. berdiri depan aku.. tangan sebelah pegang buku, sebelah lagi track kereta lumba yang plastik punya.. agak-agak panjang macam ruler.. aku dah heran dah.. nak buat apa kan.. dah, betul-betul depan muka aku ni..  macam ni dia buat.. korang bayang jelaa eh, takde camera elok nak ambik video n gambar dia masa tu.. tskkk..tskkk T_____T

- bukak page 1,dia tengok dulu gambar ultraman yang ada tu.. pastu tutup buku
- berdehem 3-4kali sambil tangan kiri genggam kat mulut
- bukak page tu balik (ditunjukkan gambar kepada aku), pegang "ruler" sambil tunjuk
- pastu dok bebel "blaa.blaa...blaaa..."  story kat aku laa tu.. 

mula tu aku macam tak nak gelak sangat pon, konon nak series laa memberi perhatian kepada dia.. tapi sampai 4 kali kot.. ulang buat macam tu untuk page ultraman yang lain.. aku bantai gelak terus laaaa... mesti cikgu peah dia tu asyik berdehem je kan masa ngajar.. heheh.. tak pon, dia tengok abang dok present project masing-masing kat depan kot.. harharhar... abang-abang sangat dah adam muqri ni.. cita-cita nak jadi cikgu ke hape ni.. (--,)



series! aku tak sangka.. terharu pon jugak sebenarnya.. huhuu.. rasa macam dah besar je dah anak aku.. huwaaaa... ehh, poyo kan! hahah.. macam laa orang lain takde anak.. macam laa budak lain tak macam tu.. mostly budak umur lingkungan tu, perangai mesti sama je kan? perkembangan mereka takkan lari banyak.. ehh, yeke.. ke adam muqri ni terlambat dah?? huhuh.. cuma macam aku yang bekerjaya (laaa sangatttt..) ni mungkin kurang sikit masa nak tengok anak membesar sepenuhnya.. setengah hari tu dah habis kat sekolah dah.. malam berapa jam sangat laa aku nak main dan tengok perkembangan harian si adam.. harap sabtu ahad jelaa.. huhuuu.. 
 tapi doa ibu senantiasa mengiringi mu anak.. (T_____T)


 kononnya pedang dan pistol ultraman letteww.. hee





 
oh plisss, aku nak jadi surirumahhhhhh!!!
 (^______^)



Tuesday, November 12, 2013

#Week26 - Pengembangan Ibu & Perkembangan Anak



wheeehuuuu...
assalamualaikum (- -,) 

hari ni kita sembang pasal baby tecikk ni ok.. hee..
pagi tadi kami ke klinik kesihatan for monthly check up..
sudah 26 minggu.. bermakna 6 bulan setengah.. nak masuk trimester ke-3 dah ni..
3 bulan lagi?! wahhhh.. baby tecikk sila membesar baik-baik bagai johan ok!

so, pengembangan ibu adalah sebanyak 2kg berbanding bulan lepas menjadikan berat tekini si ibu ialah 58kg.. peace! (- -,)V 
good job ibu! 
masih tak perlu minum air gula lagi..
 harap misi berjaya sehingga baby tecikk keluar nanti...

cuma hb ibu masih rendah.. last month 10.4, ingatkan bulan ni makin naik, 
alih-alih tadi turun pulak 10.3, pftttt..
doktor tu siap jeling-jeling aku lagi, suruh makan ubat ikut aturan.. 
aku ni memang dasar ingkar arahan! ahahah..
ok..baik doktor..baik nurse! yea, saya faham risiko-risiko yang mungkin terjadi.. 
oleh sebab itu, mendapat laa kannn. kena follow up lagi 2 minggu.. hewwheww..

Baiklah!
Perkembangan si baby tecikk ni pulak yehh..
hmnn.. doktor tak scan pulak tadi.. 
just dengar degupan jantung, alhamdulillah.. normal..
tinggi rahim ialah 24.. padahal aku dah 26 minggu.. 
terdengar doktor cakap "kecik"..
haa, abes tu makan pon aku kena berjaga-jaga.. kalau lebih berat kang, kena sound..
bila control makan, baby kecik pulak.. acanerr tu?? 
tapi baby tecikk ibu ni sihat kannnn (- -,) #SambilTepukManjaBabyBumpNih

scan jantina??
heheh.. scan ikut naluri hati ibu je boleh tak.. hihi
in shaa Allah, maybe 7 bulan nanti kita g skodeng baby tecikk ni yea..
get ready sayang! jangan main sorok-sorok pulak nanti..
kalau confirm, senang la ibu nak beli baju yang homeyy-homeyy nanti..
 mihhmihh.. 





Monday, November 11, 2013

Balik kampungggg wowowoo balik kampunggg...



assalamualaikummm (--,)


ini kisah kami ketika pulang ke kampung teluk bagan, loq staq ahad lepas.. 
tanah tempat tumpah darahnya en.B.. 
tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.. hehehe..

aku suka kampung nih.. bendang banyak.. pulak tu, bila bukak pintu belakang rumah je.. nah, saujana mata memandang.. sawah padi menghijau.. 
damai gilak.. 
siap angin sepoi-sepoi bahasa lagi.. ceewahhh.. 

ada aktiviti sikit semalam.. en.B tolong tabur benih padi.. ayah dah tabur dah itu hari... dah start naik anak dah pon.. tapi mak kata benih ada lebih.. boleh lah kalau nak tabur lagi.. so,let's..



 
 ok.. ini dia benih padi yang akan ditabur..


haa.. bendang ni belakang rumah je.. tu yang best!


selamat pergi & pulang suami ku.. 
ehh, aku dah macam tunggu suami pulang dari laut je.. mencangkung tepi sawah dengan anak kecik.. perut memboyot lak tu.. huahuaa..


ini kesan kaki adam muqri.. ehh, budak ni kan.. laju je dia jalan menonong.. sekalii.. terpereluihhh sekerat peha jugak laa.. hahah.. nak angkat kaki tak boleh.. aku tak sempat nak snap gambar adam masa tu.. mak punya kelam kabut p angkat.. muahaha.. penuh selut.. adam siap kelepiaq kaki sebab geli kot.. hihih.. haa.. baru ada akaiii... 


sebab tu biar bogel bercawat je.. baju seluar lencun habis.. mak jugak yang tolong bersihkan.. hehehe.. menantu hantu ni perati je.. bagus sangat! (-__-'") 
tak habes kat situ, kena gigit kerengga pulak.. aku dah tempik jangan pegi.. dia nak pegi jugak kan.. merasa laaa kena ciuman kerengga.. mencecett lari.. hahah.. dengan aku aku sekali kena.. sabau jelaaaa.. baru kampung boy nama nya! tok kata ni panglima adam.. haa.. jenuh laa bersilat dengan peel dak ni.. hihihi

malam sebelum tu, aku dok suap nasi bungkus kat dia.. tangan dia tu cepat sangat laa mencapai nak suap jugak.. tengok-tengok dah terjelir lidah.. dok garu-garu ngan tangan.. hahah.. rupanya tersilap gigit cabai melaka yang sebijik tu.. dia ingat sayur kacang ke ape nta laa.. aku pon tak perasan ada cabai dalam  sayur.. (-__-"')  haha.. tapi kejap pastu minum air hilang kot.. rileks je aku tengok dia.. baguss!


anak orang penan mana ni haaa.. aku merangkap mak penan laa kan.. muahaha! 
eeii.. macam tak sanggup nak tengok muka sendiri..



 yang ada 3 besi mencanak tu, yang tu laa tandop sebenarnya.. pintu air kot.. haha.. ntah.. dulu aku ingatkan tandop tu nama tempat..


mak buyung nak menempel lagi sekali.. dak bogel ni sibuk nak pegang hp.. nak amek gambar jugak..  dok sibuk cakap "maiii..maiii" aishhh! kaciawww laa..


 ini bukan cobaannnn..


 ini betull..betullll..


tua-tua nanti, mesti gambaq ni yang paling rare.. ada sentimental value giteww.. kan B? mesti adam syioqq.. siap nampak rusuk lagi haa.. sedih sangat aihhh.. haha


 nak tiru ayah buat peace letteww.


pua chu kang! Best in Kedah, Penang, and some say Batam.. hahaha.. 
seb baek takde buluss.. 
aiiyerrr.. tak sanggup!

dayang senandung!

 
 ini wan hasbollah.. wan baru balik dari bendang kat kampung yang jauh sikit.. kelam kabut dak ni nak naik motor.. tapi buat syarat je, wan bawak pusing depan rumah.. wan cakap "adam pakai sepender je ni, tak boleh jalan jauh" hahaha..


 okeh, sebab dah busuk bangaihhhhh belengaihhh.. kita mandii terusss! calar kat paha tu aku tak tau laa masa bila kena.. tengok-tengok dah ada.. dari hari jumaat lagi, nampak macam teruk kan.. tapi gambar ni tipu! haha.. calar yang biasa je sebenarnya..
 jangan kata kami dera pulak!! (",)

bagus nak! pandai berus kaki ni.. geli selut tak habis lagi kot.. hehhe




sempat cilok pokok ubi kayu kuning, pokok bunga kantan & pokok asin-asin.. 
nak menambah koleksi tanaman belakang rumah.. bajet-bajet hujung bulan je.. boleh kutip daun kayu belakang rumah buat sayur.. hahaha


haa.. ni aku yang nak.. anak pokok keladi merah.. kat rumah dah ada.. tapi baru 2 lai daun.. tambah anak ni, baru cepat rimbun sikit.. heee..
 
 
 
 
 dah itu je nak citee..
tata titi tutuuuu...
 
 
 
 

Thursday, November 7, 2013

Bila Dapur Berasap - Roti John



Asaalamualaikum adik-adik & kakak-kakak semua..
Dah lama benar yea, aku tak menempel resepi masakan.. 
dapur berasap je haa walaupun bukan hari-hari.. tapi malas nak update.. hahah..
tapi ahad lepas, aku saja try buat roti john.. 
amboii..amboii.. harus laaaa kita belasah si hijau tu cukup-cukup.. hihihh

ni resepi aku yang paling simple kot.. 
pakai stok apa yang ada dalam dapur je.. (-__-'")
so let's do it! ahakk..ahakkk.. i like it! ehh?!


bahan-bahan (A) :

Daging lembu - aku pakai fresh meat je.. takde stok lain dah.. so racik halus sendiri.. gigih tak? haha
Sebiji bawang besar  - mayangkan.. takpun racik halus pun ok je kot.. terpulang citarasa masing-masing
garam
perasa cukup rasa maggi tu jugak
oregano sikit.. tiba-tibaa kan.. hahah.. segala lada sulah ke putih ke hitam ke nan hadooo.. oregano pon bolehh laaa..
serbuk kari ayam/daging sikit..

panaskan minyak, semua bahan tu goreng je sekali gus... sampai tekak ko rasa dah sedap, tutup api, alih ke tepi kejap..


bahan-bahan (B) :

3 biji telur ayam (aku guna size sederhana)
daun sup daun bawang sikit..
nak tambah cili merah sikit pon boleh.. aku tak letak, sebab adam pon nak makan jugak.. 

semua tu, dipukul-pukul, ditimang-timang semua tu, kendian masukkan bahan A.. kacau-kacau sikit.. pastu terus masukkan dalam periuk yang ajaib sangat tuu.. rata-ratakan bahan.. biar kejap.. taruk roti yang telah dibelah dua tanpa putus.. ishh ape daaa.. haha.. 

aku pakai roti yang size biasa tu.. sedang elok je menyelit 3 roti sekali buat.. biarkan sampai telur tu masak.. ehh, cuma sebab aku guna 3 biji telur tu, aku rasa macam tebal sikit kot.. aku pon cerdik, hahaha.. tuang je terus semua, patut tuang sikit dulu.. so, tak berapa nak garing sangat.. malas nak tunggu lama, perut dah lapar kot time tu.. tapi masih ok je.. dont worry! hey.. kita yang buat dia kannn... (^_,^)


siapppp!!
meh tengok hasilnya..


 hubby..adam muqri & mine!


 taruk sos, mayo, timun, kobis





adam punya plain je.. 
tengok dia makan, abis pulak.. kiri kanan tangan.. 
sedap lettewwww! 




suami?? takyah tanya pon dah tauu.. 
hahaha..



terima kasih periuk ajaib!



p/s : kakak ila, nyesal tak?? muahahaha...




Wednesday, November 6, 2013

wordless wednesday - Kecik-kecik taknak bedung!



1
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

2
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

3
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



 abang besar!



Monday, November 4, 2013

Terima kasih Ibu, Ayah & Kakak!!



assalamualaikum.. hikss!
okeh, last part..sambungan kisah maktok & tokwan ke langkawi.. hehe
hari khamis lepas, pukul 4.15 petang gitu, aku & en.B sampai kat jeti kuala kedah untuk sambut kepulangan mereka.. amboihh.. kenmain lepaaa.. p 2 beg je.. balik sampai 4 beg!! siap beli beg kat sana lagi.. tu baru 4 hari.. kalau lebih lagi, kena sewa boat sendiri laa jawabnya nak hangkut barang.. pitamm! meh tengok apa banyak sangat yang dibeli tu..


 im sooooo in love.. u should try!! 1 kotak besar tu ada 8packs kecik.. RM17.90 je.. means 1 = RM2.20 gituu.. kalau kat sini aku pernah beli 1 kotak kecik tu RM3.90.. depa mampu beli 5 kotak je.. aku pesan 2.. pepero je pon dah 1 beg okkk.. (-___-"')


ni keja maktok la nii.. sekali beli 4.. yang ni je dah kena 1 beg.. ehehe.. untuk orang dah kawen je katanya..tapi kakak ila aku tu tak dapat sebab dia tak reti masak! hahah.. #MatikLaaa... yang hitam mutu keunggulan tu ayah aku dah berhajat bagi kat abg qiyam.. huhuu.. so ada hijau dengan merah angg tu je yang aku boleh pilih.. hmnn.. sebab merah dah common sangat, so i choose the green one lorrr... yeayy! hikss.. gigih masak laa aku pasni.. yang merah tu, ibu hadiah untuk maksu.. =)) & of kos merah vantage tu ibu punya laa... reward diri sendiri setelah lama bergelumang dalam dunia pendapuran... dah laa ibu memang masak sedap, lepas ni mesti double sedap!! #BodekJanganTakBodek



 si hijau.. cap haji ismail group.. aku dah rasmi pon sabtu lepas.. best..best! welcome to my hensem dapur.. jangan hampakan kami.. kata magic cooking kan!


 lain-lain chocs - kisses, daim, cadburry & blaa blaa


oh! ini jannah.. kakak illa belikan dia chopsticks, sudu panjang, maggi cap ape nta.. & sekotak pepero.. harus konsep korea jugakk! puihhpuihh.. hahah


eh..ehh..dak shakeel ni seronok pulak melompat atas beg baru.. rambut kenteng-kenteng dah makin kelihatan.. cepat-cepat panjang.. mesti cute gila!


 ibu teringin nak goreng telur dalam pan kit miut ni.. heheh.. tapi semalam baru rasmi, ibu buat peknga pisang.. peknga tu singkatan tempek dalam belanga.. kan?? bila ben, ayah si shakeel tanya, aku kata banana pancake.. heheh.. nta dia makan ke tidak..


 senduks & sudus for me! memang ibu nak suruh aku rajin-rajin masak ke ape ni, pastu jemput depa semua mai makan kerap-kerap kat rumah kot pasni.. (-___-'") hahah..


 lastly, kain cotton kakak ila bagi.. dak ofis dia jual.. aku masih berkira-kira samada nak jahit sekarang atau tunggu pas deliver baby nanti je.. tapi macam nak cuba buat nursing kurung kot.. wink..wink!! so, tunggu dulu laa ekk.. hehehh..


Terima kasih ibu! 
Terima kasih ayah sebab tak bagi pilih yang hitam tu.. ehh! haha
Terima kasih kakak!


ok.. itu je dulu.. next story maybe kisah weekend baru ni.. tunggu yehh!
papaiiii..



** kakak illa sebenarnya seorang yang pandai masak.. tambah-tambah lagi masakan western.. sumpah sedap!! #IniSerius,BukanBodek!