Cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah, Aku bersujud dan berdoa pada Allah, dan Akhirnya kutemukan Anugerah terindah itu iaitu Kamu.

Tuesday, November 19, 2013

Cacing oh cacing...




Assalamualaikum (' ',) 
haluuuuu.... hehe

tetiba kann.. tajuk dah macam geli jeee..macam gelii jeee... 
ni haa.. aku terbaca kat blog Dr Zubaidi pasal topik cakcing dan anak..
pastu terus ai is rasa cantik menarik tertarik kau (cakcing) memang debommm!
so, kita nak sembang sikit kisah cakcing dan anak kat blog segan hidup mati tak mahu ni.. (-__-'')



okeh, sedikit info yang berguna :

Jenis cacing dan Simptom

 

Jenis cacing
Tanda-tanda penyakit
Cacing kerawit
(ancylosotomadoedenali necator americanus)
Anemia (pucat yang disebabkan oleh kehilangan darah), tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing.
Cacing gelang 
(ascaris lumbricoides, ascaris suum)
Tiada masalah padda jangkitan rendah, sakit perut, cirit-birit, saluran pemakanan tersumbat, tindak balas alergi.
Cacing rambu 
Enterobius vermicularis
Tidak hadam makanan, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur, aktiviti garu boleh menyebabkan jangkitan. 


Punca 

  • makan makanan dari kedai yang tidak dimasak dengan sempurna
  • makan melalui tangan yang tidak dicuci dengan sempurna
  • berjalan tanpa memakai kasut

Rawatan kecacingan 

Untuk mengatasi masalah kecacingan, dua langkah rawatan yang ditekankan ialah pengambilan ubat untuk membunuh atau mengeluarkan cacing dari dalam badan dan meningkatkan tahap kebersihan diri untuk mengelakkan jangkitan semula cacing. Di antara langkah-langkah meningkatkan tahap kebersihan diri yang boleh diamalkan ialah:

  • Memakai kasut apabila berjalan keluar dari rumah. Jangan sesekali berkaki ayam kerana larva cacing boleh mengorek tapak kaki untuk masuk ke dalam badan.
  • Perlu diingatkan bahawa telur cacing yang melekat pada pakaian dalam berupaya menjangkiti orang lain.
  • Mandi dan cuci bahagian dubur untuk mengelakkan telur yang dilekatkan pada bahagian tersebut.
  • Jangan garu pada bahagian dubur. Ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan pada kawasan tersebut.
  • Selepas kanak-kanak yang dijangkiti membuang air besar, cuci tangan dengan teliti. Cuci bahagian celah kuku untuk mengeluarkan telur cacing. Kerat kuku kanak-kanak sehingga pendek untuk mencegah telur cacing terlekat di celah kuku. 
  • Cuci tangan dengan teliti sebelum makan atau selepas membuang air besar.



 Kaedah Perubatan 

Tempoh yang terbaik untuk memberi ubat cacing (deworming) ini ialah dalam jarak 6 bulan hingga setahun sekali.

Dari segi tindakan ubat, ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis. Dos yang disyorkan kepada kanak-kanak adalah bergantung kepada usia kanak-kanak. 

1 - 2 tahun : 5 ml dos tunggal
2 tahun ke atas : 10 ml dos tunggal sahaja. 

Kebiasaannya jika seorang ahli keluarga dijangkiti cacing, maka rawatan perlu diberi kepada setiap ahli keluarga untuk mencegah setiap jangkitan cacing. Nasihat serta perhatian doktor perlu diperoleh sebelum memulakan rawatan dengan ubat.



sumber :

http://drzubaidi.com/blog/?p=1827
http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=503


######################################


kalau ikutkan jadual tumbesaran anak seawal usia lagi kan ke kena dah cucuk bagai.. sampai laa anak umur 1 tahun 6 bulan tak silap.. itu ialah last injection.. lepas tu umur 2 tahun kena bawak semula ke klinik untuk diminumkan ubat cakcing.. 

tatapiii!

masa adam muqri nak cucuk 1 tahun 6 bulan tu, dia demam pulak..
nurse tak bagi cucuk lagi.. bila dah sihat baru pergi serah diri balik.. 
so, bila dah kena postponed tu, memang lagi lama arr aku buat tak tau.. 
time tu pulak kami sibuk nak pindah bagai.. terabai laa bab anak ni kejap.. nanti dulu lah.. next week lah.. haa, alih-alih sampai 2 tahun baru g ambil last injection tu.. hhihih.. memang dasar lemmmss ar aku ni.. pastu ingatkan boleh terus minum ubat cakcing.. nurse tak bagi pulak.. ntah hape alasan ntah.. tangguh lagi.. sampai laa sekarang ni.. bukan susah pon, klinik desa dekat je dengan rumah sekarang ni.. bukak hari ahad pulak tu.. senang sangat.. tapi tak p jugak.. huihuiii.. nasib laa adam dapat ibu gini..

ada jugak officemate bagitau.. beli je haa sendiri ubat cakcing kat farmasi.. hmnn.. macam setuju je kekdah tu.. heheh.. aku kena cepat bertindak! ntah berapa banyak dah anak pinak cucu cicit yang bersarang dalam perut adam muqri tu.. matikk laa..
 tapi so far, aku macam tak nampak tanda-tanda kecacingan yang dialami.. #SedapkanHatiSebenarnya.. hahah.. ehh, ko memang terer kan bab nujum-nujum ni mimi! boleh tau ada ke tidak.. macam laa perut si adam tu transparent.. hihii.. 


harap adam muqri sanggup telan ubat tu.. mesti tak sedap kan!
 nanti kita tengok ehh.. keluar tak cakcing-cakcing..
ehh, keluar hidup-hidup ke dah mati rasanya??
aku bayangkan depa semua keluar sambil menari-nari, 
melentok liukkk..  phewiitttt..
aiiyerrr! kembang tekak aku.. bluweekk! 

dah, babaii...




No comments:

Post a Comment