Cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah, Aku bersujud dan berdoa pada Allah, dan Akhirnya kutemukan Anugerah terindah itu iaitu Kamu.

Monday, November 18, 2013

Perkembangan Adam Muqri, 2 tahun 6 bulan maaa..


Assalamualaikum pembuka bicara! harap semua dalam keadaan sihat hendaknya.. cewahh.. surat tak rasmi kemenda ni oihh.. haha

okek!
hari tu aku dah cerita bagaimana pengembangan aku dan perkembangan baby tecikk ni kan.. hari ni, cerita pasal si abang adam muqri pulak.. ada orang nak tau ke?? hihihi.. 
anak teruna aku tu dah nak cecah 2 tahun 6 bulan dah pon.. 
selalu orang akan tanya dulu "anak dah boleh cakap ke?"

heheh.. so far, adam masih lagi tak boleh membina ayat, cuma dia boleh sebut certain words.. kadang ada yang betul, kadang ada yang pelat.. kadang mood tak nak bagitau apa yang dia nak, main tunjuk-tunjuk je.. ehh..ehh.. kecik-kecik dah pandai menunjuk ye! hahah.. bila datang mood dia tak nak cakap.. ha, meh.. tengok pulak mood aku kann.. kadang aku tau dia tunjuk apa.. aku saja buat tak paham.. "adam nak apa? cakap laa.. cuba sebut nak apa.." diammmm je haa.. hadehh.. letih ibu ko ni.. bila aku sebut, baru dia angguk.. hah! bukan tak paham kannn.. tapi sajaaa dia nak menguji kesabaran aku yang berbatas ni.. heheheh.. 

- ayam / chicken
- ikan / tishhh
- cicak 
- ibu (kadang-kadang je ibu, banyaknya sekarang ni bunyi macam "nyam".. ntah mana dapat.. haha.. sayang kot)
- ayah (banyak panggil B.. pengaruh dari ibu..heee)
- nenek (maktok aku)
- wan (tokwan)
- susu / tusss (kalau eja su-su, dia still akan sebut tusss)
- come..come (kalau nak ajak g mana-mana sambil tarik tangan) 
- aanakkkk (taknak)

ada lagi words lain.. tu antaranya sajiaaa.. tak koser aku nak list 1-1.. korang pon malas nak amek pusing pon kan.. hahah (-_-")

kadang angin baik dia datang.. mau meleleh tahit telinga aku dengar dia menyanyi.. Ya Allah.. bahasa jerman, rusia, jepun, korea, cino.. semua terkeluar.. hahaha.. selalu jugak aku tegur.. "aii adam muqri.. apa yang seronok sangat ni... senang hati nampak" ntah apa laaa yang dia syoq sangat.. hmnn.. ahli syurga tu, takde masalah nak difikirkan.. (^___^) heee..



ada laa 1-2 hari lepas.. aku dah perasan dah adam asyik dok sebut macam "aku..aku" pastu "bla..blaaa..blaaa" ishh.. pastu maktok pulak cakap "ntah adam dengar abang kat sekolah apa dok cakap aku..aku ni".. tak pelah.. aku tak ambik pusing sangat lagi.. alih-alih petang semalam.. baru aku dengar dengan sahih nya di sebalik "akuu..akuu" tu haa..

rupanya, adam menyanyi lagu Negaraku oihhhh.. ayat yang betul aku dengar ialah "tanah tumpahnya darahku" hahahahahahahah.. ada laa pelat sikit di situ.. ooooooo... itu rupanya.. tengah menghapal lagu negaraku laa tu kot gamaknya.. ntah ke cikgu nak suh nyanyi sorang-sorang ke hape.. hari ni kan isnin.. aku syak ni mesti kat sekolah ada perhimpunan la ni.. pasni aku nak p selidik tanya si fatin tu.. hehehe

pastu en.B pon cakap adam nyanyi lagu negaraku sebenarnya.. dia dengar masa dok siapkan si adam mandi kot.. masa tu aku dok tidur-tidur ayam, tak larat pulak.. tetiba nak termuntah bagai.. terbaring je.. so, aku tak bape nak layan sangat laa.. huhuu..

adam muqri ni pencinta ultraman sebenarnya.. huhuh.. pengaruh tv la ni.. hadehh.. ok takpe.. kita layan dulu apa yang dia suka.. so ada laa beberapa koleksi ultraman dia.. kami pernah beli 1 je.. tu pon yang kecik.. tokwan dengan maktok laa yang paling rajin membeli.. hahah.. yang ada bateri siap keluar bunyik pon ada.. tapi memang seperti aku jangka.. tak sampai sejam, ko boleh tengok tangan ke mana.. kepala kemana.. barai habeh, hahaha.. haih, tak tau laaa adam ni sorang.. tapi aku tak pernah buang pon, cacat macam mana pon ultraman dia tu.. aku simpan je sebab dia memang sayang dan akan main jugak.. heheh.. selamattt poket ibu... ngehngehhh..



fatin ada bagitau.. ada sorang abang kat tadika tu suka ultraman jugak.. siap bawak buku bagai g sekolah.. adam ni menumpang belek laa jugak.. pastu bulan sudah kot, kami ke tesco.. risau  sebenarnya kalau bawak dia ke shopping mall.. lama mana sangat dia nak duduk dalam
troli tu haa.. jenuh bersilat oiii, nak turun.. kalau turun tak larat nak kejar.. haishh! dalam celah kerisauan tu.. tiba-tiba aku terpandang buku ultraman!! haaa.. saja tunjuk kat adam.. apalagi.. seronok sangat laa dia.. duduk dalam troli sampai ke sudah.. dia punya belek peratiii laaa 1-1 ultraman tu.. ish, apa yang best sangat pon aku tak tau laa.. hahaha.. aku beli je terus buku tu.. rm5 je pon.. ok laa..

kisahnya, minggu lepas.. aku tengok tv sambil kerling-kerling laa si adam ni dok main itu main ini.. buat hal dia.. pastu dia ambik buku ultraman tu.. berdiri depan aku.. tangan sebelah pegang buku, sebelah lagi track kereta lumba yang plastik punya.. agak-agak panjang macam ruler.. aku dah heran dah.. nak buat apa kan.. dah, betul-betul depan muka aku ni..  macam ni dia buat.. korang bayang jelaa eh, takde camera elok nak ambik video n gambar dia masa tu.. tskkk..tskkk T_____T

- bukak page 1,dia tengok dulu gambar ultraman yang ada tu.. pastu tutup buku
- berdehem 3-4kali sambil tangan kiri genggam kat mulut
- bukak page tu balik (ditunjukkan gambar kepada aku), pegang "ruler" sambil tunjuk
- pastu dok bebel "blaa.blaa...blaaa..."  story kat aku laa tu.. 

mula tu aku macam tak nak gelak sangat pon, konon nak series laa memberi perhatian kepada dia.. tapi sampai 4 kali kot.. ulang buat macam tu untuk page ultraman yang lain.. aku bantai gelak terus laaaa... mesti cikgu peah dia tu asyik berdehem je kan masa ngajar.. heheh.. tak pon, dia tengok abang dok present project masing-masing kat depan kot.. harharhar... abang-abang sangat dah adam muqri ni.. cita-cita nak jadi cikgu ke hape ni.. (--,)



series! aku tak sangka.. terharu pon jugak sebenarnya.. huhuu.. rasa macam dah besar je dah anak aku.. huwaaaa... ehh, poyo kan! hahah.. macam laa orang lain takde anak.. macam laa budak lain tak macam tu.. mostly budak umur lingkungan tu, perangai mesti sama je kan? perkembangan mereka takkan lari banyak.. ehh, yeke.. ke adam muqri ni terlambat dah?? huhuh.. cuma macam aku yang bekerjaya (laaa sangatttt..) ni mungkin kurang sikit masa nak tengok anak membesar sepenuhnya.. setengah hari tu dah habis kat sekolah dah.. malam berapa jam sangat laa aku nak main dan tengok perkembangan harian si adam.. harap sabtu ahad jelaa.. huhuuu.. 
 tapi doa ibu senantiasa mengiringi mu anak.. (T_____T)


 kononnya pedang dan pistol ultraman letteww.. hee





 
oh plisss, aku nak jadi surirumahhhhhh!!!
 (^______^)



No comments:

Post a Comment