Yeaaa.. 27 Rejab dah hari ni.. Jom singkap semula kisah disebalik peristiwa ini.. Moga menjadi pedoman dan peringatan kepada kita semua agar kita sentiasa menginsafi diri dan sedar tentang kebesaran Allah SWT serta takut akan kekuasaan-Nya..
Peristiwa Israk & Mikraj berlaku setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.
Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin dengan menaiki binatang yang dipanggil Buraq.
Mikraj pula perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sitratil Mutaha di Langit ke Tujuh..
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami
pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan
air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan
membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke
dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan
dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan,
didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah
dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Pelbagai peristiwa yang Nabi Muhammad dapat lihat sepanjang perjalanan tersebut..
Antaranya :
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus
menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru
keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku
berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum
yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak
700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah
S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang
sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk
bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh
oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui
Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang
memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh
kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala
mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya
menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka
dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari
neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan,
yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di
sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan
zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri/suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas
kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang
lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi
masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting
lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap
kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata
Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang
dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada
mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang
memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela,
menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar
keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang
itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur).
Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang
yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak
memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi
perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia
daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di
tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak
menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya
sampai ke tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga
menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah
gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Perkara penting yang berlaku semasa peristiwa tersebut adalah Allah memfardhukan 50 waktu solat bagi sehari semalam.. Namun begitu, dikurangkan kepada 5 waktu selepas 9 kali Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT...
Haa.. amacam?
tepuk dada tanya iman
renung-renungkan, selamat beramal..
Assalamualaikum.. =))
p/s sekadar peringatan buat diri yang masih merangkak mencari redha Illahi..