Cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah, Aku bersujud dan berdoa pada Allah, dan Akhirnya kutemukan Anugerah terindah itu iaitu Kamu.

Thursday, June 6, 2013

Bomoh import ‘pujuk’ sungai???



Belaga: Operasi mengapungkan bangkai bot ekspres Kawan Mas yang karam di Tanjung Giam, Bungan di sini, yang masuk hari kesembilan semalam, turut menggunakan khidmat tiga sami Buddha yang diterbangkan dari Thailand untuk memujuk semangat sungai. Ketiga-tiga sami berkenaan tiba ke lokasi kejadian Isnin lalu bersama ‘wang neraka’ bernilai 3 juta bagi melakukan upacara spritual sebagai alternatif melancarkan usaha mengapungkan bot ekspres yang karam pada 28 Mei lalu itu.

Khidmat sami Phra Maha Songsak, 69, Phra Maha Lamphua, 44, dan Phra Maha Precha, 41, dari, Bangkok, Thailand itu yang juga bomoh hujan juga digunakan untuk membuat upacara bagi membolehkan paras air surut agar memudahkan operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa Roslin Jati, 34, dan Maurice Ajan, 22, yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu. Upacara bermula pada jam 11 pagi yang diketuai Songsak itu bertujuan meminta bantuan Tuhan Sungai dan Bukit untuk membantu memudahkan bot malang itu diapungkan.

Foto
BOMOH Siam yang diterbangkan dari Thailand melakukan persiapan bagi upacara memujuk semangat sungai.

Dalam pada itu, paras air surut sejak malam kelmarin berikutan empangan Bakun ditutup selain tiada hujan di Belaga membolehkan operasi mengesan kedudukan bot untuk memasang pelampung.


 Sumber : Harian Metro (06/06/2013-Khamis)


 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kita punya Allah...
Yang Maha Agung,
Yang Maha Berkuasa,
Yang Maha Mengetahui,
Yang Maha Mengasihani,
Yang Maha Mengabulkan,


"Apabila kamu meminta pintalah kepada Allah dan apabila kamu meminta tolong pohonlah kepada Allah". (sebahagian hadis yang masyhur yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan disahihkannya daripada Ibnu Abbas r.a secara marfu')

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang...

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”



Jom, doa agar Allah mudahkan urusan mereka untuk mencari mangsa yang masih belum dijumpai.. =))



 

2 comments:

  1. panggil bomoh tu mai bagi surut badan..haha
    syirik semua nih..ini kalilah kak mimie! hahhaha

    ReplyDelete
  2. satlagi.. ngan bomoh-bomoh tu surut, baru ada akaii.. hehehe.. hang ampu banyak sgt aihhh.. im not omeyyy ok! haha

    ReplyDelete