oihhh.. lalu ke nak makan kalau tengok kat menu list ada nama gitu.. haha
tajuk resepi tu bergantung kepada rupa paras ayam tu sebenarnya..
aku tengok dah macam awang hitam dah rupanya.. oppsss..
ekceli, nasi ayam tu aku buat last weekend..
padahal haremmm aku tak pernah buat.. sajok try buat.. tukar selera sikit.. disamping untuk menguji kehandalan aku di dapur sekiranya diberi tugasan terkejut tergempar seperti di dapur masterchef.. gituuuu.. layak ke, verangan lebih bolehhhh khennn.. heheh
okeh, mari adik kakokk.. kita lihat bahan-bahan yang aku guna..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
A - Untuk stok ayam
ayam 1/2 ekor yang dipotong kecik (ikut lah) - dibersihkan sesuci murni
buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
1 paket rempah sup cap adabi
bawang besar + halia ditumbuk kasar
Garam + serbuk perasa
Panaskan minyak, tumis bawang & halia tadi. Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang. Sampai naik bau.. Masukkan rempah yang telah dibancuhkan dengan sedikit air. Masukkan ayam dan tambah air. Tambah garam & serbuk perasa Maggi. Knorr tak sedap..hehhe.. Rebus sampai ayam lembut.. Taruk tepi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
B - Untuk perap ayam
bawang putih ditumbuk halus
sos tiram
kicap manis
serbuk kunyit
garam
Ambil ayam yang direbus tadi, gaulkan bersama dengan semua bahan di atas.. perap sekejap 15-30 minit untuk dapatkan rasa yang lebih umpphh!! hehe.. pastu goreng..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
C- Untuk masak nasi
beras dibersihkan sesuci lebaran
bawang besar dipotong kasar
halia 3-4 hiris
butter / planta - aku guna planta je.. 1 sudu 1/2 untuk 3 pot beras
1 kiub pati ayam maggi
stok ayam
garam jika perlu
Masukkan semua bahan dalam periuk nasi.. tambah stok ayam sampai paras yang sepatutnya lah.. macam masak nasi biasa jugak.. cuma aku tambah lagi air biasa.. aku lebihkan sikit dari biasa, takut nasi mentah.. hehhe.. pastu aku rasa sikit, kalau macam tawar je, tambah la garam sikit.. ok, sambil tengah masak tu, aku bukak tengok pastu gaul-gaul sikit takut ada yang tak rata.. maklumlahh tak pernah buat pon.. heheh
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
D - Untuk sup
Stok ayam
bebola ayam
garam + perasa
Aku guna stok ayam, tambah air pastu masukkan bebola ayam.. tambah garam & serbuk perasa.. kalau dah sedap, tutup api.. siap! heheh..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
E - Untuk sambal merah
Cili besar merah
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka makan
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Blend semua bahan kecuali cuka. Aku blend sampai lumat.. haha.. pastu masukkan dalam periuk kecik, masak sekejap.. tutup api.. pastu, rasa arr kalau tak manis, tambah lagi gula.. masukkan cuka. Sampai laa sesedap rasa.. taruk tepi..
F- Untuk kicap
Cili yang diblend tadi
Kicap manis
Campur je dua-dua tu.. cabai tu aku letak sikit je.. kalau kicap saja cam tak best pulak.. heheh
.
.
.
.
haa.. ok tak..haha
tak susah pun, cuma renyah sikit kot.. ok, jom tengok rupa yang terhasil..
my seksiasss boy..
tak sabar dia nak makan.. hehehe
ok.. kalau ada sesapa yang ada resepi nasi ayam yang lebih menarik,
silalah share..
babaiiii..
selamat berhujung minggu






nampak sedap
ReplyDeletesiap tekap nasik xtahan tuu..hahha