Cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah, Aku bersujud dan berdoa pada Allah, dan Akhirnya kutemukan Anugerah terindah itu iaitu Kamu.

Wednesday, May 8, 2013

Resepi Puding Laici



nah, terimalah resepi berkonsepkan 
"alaa..campak-campak je, bagi agak-agak sedap" dari aku... kehkeh "(-__-)7


Bahan-bahan :


1 paket serbuk agar-agar
1 tin buah laici (blend buah laici, simpan sikit untuk di racik-racik kasar)
1 tin susu sejat
5 sudu besar susu pekat
gula pasir secukup rasa
boleh jugak buah lain yang rasa sesuai sebagai hiasan

kekdahnya :

1-  Campurkan semua bahan di atas ke dalam periuk.

2-  Masak dengan api yang sederhana kecil.. Sambil rasa kalau kurang manis, boleh tambah gula pasir.. ikut sedap rasa lidah korang laa.. hehe.. tapi untuk yang aku buat ni, tambah gula sikit & jus buah laici tu jugak.. kalau rasa macam pekat, tambah laa air sikit.. nanti kang keras pulak puding tu..


3- Kacau sentiasa sampai mendidih.. Tutup api dan alihkan ke tepi..

4- Sediakan acuan pilihan, susun buah laici yang diracik kasar.. nak tambah buah lain pon boleh.. konsepnya "sukati lah, aku yang buat, aku nak letak ape pon!" muahahahah.. gituuu.. kebetulan ada buah pelam sedap mak mentua bagi, aku letak kat bahagian bunga.. laici sebagai daun.. hihih


5- Tuang cepat-cepat dalam bekas acuan.. agak sejuk, masukkan dalam peti ais.. siapp!



mudah kann anak-anak...
ini dia rupa paras Puding Laici Berbunga Rose.. 
 pasni aku nak buat bunga kaler merah lak.. hehe





comel kan kak ton??







3 comments: