Cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah, Aku bersujud dan berdoa pada Allah, dan Akhirnya kutemukan Anugerah terindah itu iaitu Kamu.

Monday, June 2, 2014

Nur Dzikra bt. Ahmad Fitri



Assalamualaikum che kak che kak sekalian..
lalaalaa~~
4 bulan dah blog suam suam kuku ni tak berhupdate yekk..
ishh.. bila dah taip taip taip..
padammmm
taip taip lagi...
padammmm balik
 nak mula story macam mana ntah.. 
hahah




Dzikra - ingatan, peringatan, ketenangan, memperingati..

read as zikra.. memang aku berhajat nak nama huruf D, Lady D gitew.. 
sangkak sangat! dan mestilah 2suku kata je.. amboiii.. haha, en.B yang suggest nama ni.. aku suka! =)) 
Sebelum register, aku minta pandangan ustazah, ok tak nama Dzikra ni.. kalau ok, gabungan nama apa yang sesuai.. Alhamduillah..ustazah kata ok.. cadangan beliau ialah Nur Dzikra atau Ainul Dzikra.. heee.. Ainul pon sedap jugak.. manis je dengar kan.. tapi en.B prefer Nur Dzikra.. jadi inilah dia cek mek molek kami... Nur Dzikra Ahmad Fitri



 3.53kg.. tetanjat ibu, gedebukk masa nurse letak atas badan lepas lepas bersalin ritu.. 




pipi punya lebauu sampai hidung tu penyek.. hihi


Alhamdulillah.. Doa yang tak putus-putus sepanjang tempoh mengandung agar dimudahkan sepanjang proses bersalin dan berpantang.. Allah mudahkan segalanya untuk kami sekeluarga.. even sampai sekarang juga, Dzikra sangat mudah diuruskan.. tak banyak ragam.. cuma bila betul-betul lapar dan mengantuk, baru laa bergema rumah dengan alunan zikir zikir dari Dzikra.. hahaha
Mudahan Dzikra terus membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah.. 
inshaAllah


ok, cukup untuk mukadimah dulu.. hee
lepas ni kita share story & gambar banyak-banyak lagi yea.. =)
dadaaaa~~



2 comments:

  1. fuyooo..ingat dah pencen..last entri january kot.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aii..cepat reply.. mesti hg ternanti-nanti kan.. haha

      Delete