Cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah, Aku bersujud dan berdoa pada Allah, dan Akhirnya kutemukan Anugerah terindah itu iaitu Kamu.

Thursday, June 13, 2013

100% ahh cinta kuuuu...



haah, ni nama nya meroyan sorang-sorang..
kononnya cantum-cantum nama aku dengan en.B..
pastu potong-potong huruf, kira berapa yang sama..
sampai habeh hurup, 
tambah punya tambah..
sampai dapat 2 digit last..
haa.. banyak tulaa % yang aku sayang soami aku.. hahahaha..
ok laa kan.. 80%.. sebab orang kata jangan chenta 100%.. nanti diri sendiri merana.. betul ke?? kehkeh







pastu..
mana aci kan.. aku nak taw jugak berapa % soami aku chenta kat aku ni haa..
gigih laa kira bagai..
aaleehhhhhh.. B- hampir nak masuk C taw.. 61% je.. hahaha
ye ke en.B.. takkan banyak tu je sayang kat bini awak ni.. lagi 39% tu hilang p mana.. aihhh, tak boleh jadi ni.. usaha harus lebih pasni.. haha






ahhhh!!
INI SEMUA PHOYOOOO.. 
sekolah dulu-dulu je taw main mendalah ni.. cinta monyet!
hahaha.. 

terima kasih Cik Ida
hilang sikit mengantuk aku..
hihi




Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday - Hey! Gadis Ayuuuuu.. Lesung pipit di pipi








ehemm!! mem beso nak enteprem pulak hari ni.. mem sukeee angatt shawl yang mem pakai hari ni.. kain licin, sejuk je haa.. yang best sebab shawl ni BESARRR.. bagus sebab mampu cover mem yang makin membesar sekarang ni.. bhahahaa!!
(T__ T) tawa dalam tangisannnn...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.















salah satu hantaran kawen duluuu..
 
nyawa-nyawa ikan dah.. favourite nih! sebab tu dah rupa belacan.. huwaaaa
3 tahun menyulam kasih, bermakna 3 tahun jugak usia kasut nih.. memang berbaloi beli..




bhaii..



Thursday, June 6, 2013

Peristiwa Israk & Mikraj



Yeaaa.. 27 Rejab dah hari ni.. Jom singkap semula kisah disebalik peristiwa ini.. Moga menjadi pedoman dan peringatan kepada kita semua agar kita sentiasa menginsafi diri dan sedar tentang kebesaran Allah SWT serta takut akan kekuasaan-Nya..

Peristiwa Israk & Mikraj berlaku setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.
Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin dengan menaiki binatang yang dipanggil Buraq.
Mikraj pula perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sitratil Mutaha di Langit ke Tujuh..


Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


Pelbagai peristiwa yang Nabi Muhammad dapat lihat sepanjang perjalanan tersebut.. 

Antaranya :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.



Perkara penting yang berlaku semasa peristiwa tersebut adalah Allah memfardhukan  50 waktu solat bagi sehari semalam.. Namun begitu, dikurangkan kepada 5 waktu selepas 9 kali Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT... 



Haa.. amacam? 
tepuk dada tanya iman
renung-renungkan, selamat beramal..



Assalamualaikum.. =))


p/s sekadar peringatan buat diri yang masih merangkak mencari redha Illahi..




Bomoh import ‘pujuk’ sungai???



Belaga: Operasi mengapungkan bangkai bot ekspres Kawan Mas yang karam di Tanjung Giam, Bungan di sini, yang masuk hari kesembilan semalam, turut menggunakan khidmat tiga sami Buddha yang diterbangkan dari Thailand untuk memujuk semangat sungai. Ketiga-tiga sami berkenaan tiba ke lokasi kejadian Isnin lalu bersama ‘wang neraka’ bernilai 3 juta bagi melakukan upacara spritual sebagai alternatif melancarkan usaha mengapungkan bot ekspres yang karam pada 28 Mei lalu itu.

Khidmat sami Phra Maha Songsak, 69, Phra Maha Lamphua, 44, dan Phra Maha Precha, 41, dari, Bangkok, Thailand itu yang juga bomoh hujan juga digunakan untuk membuat upacara bagi membolehkan paras air surut agar memudahkan operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa Roslin Jati, 34, dan Maurice Ajan, 22, yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu. Upacara bermula pada jam 11 pagi yang diketuai Songsak itu bertujuan meminta bantuan Tuhan Sungai dan Bukit untuk membantu memudahkan bot malang itu diapungkan.

Foto
BOMOH Siam yang diterbangkan dari Thailand melakukan persiapan bagi upacara memujuk semangat sungai.

Dalam pada itu, paras air surut sejak malam kelmarin berikutan empangan Bakun ditutup selain tiada hujan di Belaga membolehkan operasi mengesan kedudukan bot untuk memasang pelampung.


 Sumber : Harian Metro (06/06/2013-Khamis)


 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kita punya Allah...
Yang Maha Agung,
Yang Maha Berkuasa,
Yang Maha Mengetahui,
Yang Maha Mengasihani,
Yang Maha Mengabulkan,


"Apabila kamu meminta pintalah kepada Allah dan apabila kamu meminta tolong pohonlah kepada Allah". (sebahagian hadis yang masyhur yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan disahihkannya daripada Ibnu Abbas r.a secara marfu')

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang...

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”



Jom, doa agar Allah mudahkan urusan mereka untuk mencari mangsa yang masih belum dijumpai.. =))



 

Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday - Peringatan Buat Diri & Kamu-kamu Kesayangan...







bila lagi.. kalau bukan sekarang..



 kata-kata seorang ustaz dari radio IKIM yang sempat dengar pagi tadi sangat menyentak hati...

"apa la sangat menyesal di dunia jika dibandingkan dengan sesalan di sana yang pastinya tiada berguna..."




Tuesday, June 4, 2013

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3



Alhamdulillah, 
3 tahun sudah kami menyulam cintaaaa~~

Moga kami terus dilimpahi dengan rahmat kasih sayang-Nya, kebahagiaan, rezeki yang berkat, kesihatan yang baik dan zuriat yang soleh solehah...

Moga kami terus istiqamah dalam mencari redha-Mu Ya Allah...

Pastinya destinasi kekal abadi nanti, di Jannah.. aku harapkan masih bersama kamu...
Sayang kamu Suami kerana Allah...
Ahmad Fitri Hasbollah...


Terima kasih Ya Allah...
Terima kasih Cinta...


















Monday, June 3, 2013

alamakkk!! hampir terlupa...


esok 4hb kan,
anibeseri kami yang ke-3 arr,
macam mana aku bole lupa nih,
tapi,
aku rasa en.B mesti langsung tak ingat,
hahah,

halahhh,
apa mau bikin ekk,
ermm, ermm,

harap-harap dapat arr ilham dari mimpi malam ni,
hehehe

#otaksedangligatpusing