Cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah, Aku bersujud dan berdoa pada Allah, dan Akhirnya kutemukan Anugerah terindah itu iaitu Kamu.

Friday, April 26, 2013

Bakteria Legionella, apa tue??



 

  



Hahh??
Korang tau tak.. aku pon baru tau hari ni.. tu pon lepas  chatting dengan kakak kesayangan #hihihi pagi tadi.. huhuu.. 

Virus ni dah pon menyebabkan kematian sorang wanita yang berumur 40 tahun pada 5 April lalu lepas demam panas, batuk & keletihan sejak 21 mac aritu.. dan wanita tersebut adalah positif ujian legionella ni.. ishh.. seramm dengar..  punca virus ni masih disiasat, tapi kemungkinan besar adalah disebabkan oleh sistem air yang panas pada bangunan contohnya seperti menara penyejuk, kolam renang spa dan semua premis yang gunakan sistem air panas.. bakteria ni hidup dalam air dan  merebak melalui udara..

tapiiii penyakit ni tak berjangkit pon, cuma nya bila ada simptom-simptom macam demam tak kebah, batuk, sakit otot & gejala yang bersangkut paut dengan saluran pernafasan.. haa.. cepat-cepat buat check-up kat klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan.. kalau korang sayang diri, sayang family, sila-sila laa beringat & jangan kita ingat "alaa..demam biasa je ni..esok lusa ok la.." jangan menyesal di kemudian hari sudahh..

aku ni pon dah rasa risau sangat.. dalam masa 2 bulan kebelakangan ni, adam muqri kejap-kejap demam, batuk sesema on off.. hmnn.. aku ni pon, bukan sihat betul lagi.. batuk & selesema ada lagi sikit.. sakit otot masih ada sikit, .. huwaaa.. takut!!



itu apa yang aku faham lah, kalau info salah, mohon betulkan.. hihih.. sori yehh.. 






#sumber dari KKM, bole baca lebih lanjut di sini



No comments:

Post a Comment